Friday, July 29, 2011

Siapa Zuljaushan ???


Zuljaushan ialah salah seorang sahabat nabi. Lepas perang Badar, Rasulullah datang jumpa Zuljaushan dengan niat untuk ajak dia masuk Islam. Tapi Rasulullah xde la terus ajak dia kepada Islam as in takde la tanya,
“adakah kamu mahu memeluk Islam?”
Rasulullah tak cakap macam tu. Tetapi baginda bertanya,

“Mahukah kamu menjadi salah seorang dikalangan orang-orang yang pertama?”

Kalau kita fikir-fikir balik kan, kenapa agaknya Rasulullah tanya macam tu? ‘Orang-orang pertama’. No 1 kan. Manusia memang suka jadi yang pertama. Semua orang suka jadi kekasih pertama, isteri pertama, dalam kelas pun nak dapat no 1. Betul tak? Jadi Rasulullah, seorang yang super murabbi ini sangat kenal dengan sifat manusia, lalu menggunakan cara ini untuk mengetuk hati Zuljaushan.

Namun malangnya, Zuljaushan tak nak jadi antara golongan pertama yang menegakkan Islam. Malah menjawab,

“Tidak, aku akan lihat dahulu. Sekiranya kau menang aku akan ikut. Tapi sekiranya engkau kalah, aku tidak akan mendapat apa-apa musibah,”

Aduhai, rugi sungguh Zuljaushan. Masa ni Zuljaushan mungkin dah tahu ajaran yang Rasulullah SAW bawak tu benar, Cuma dia tak nak ambil risiko. Sebab masa ni umat Islam masih lagi ditindas, jadi sesiapa yang memeluk Islam terpaksa bekorban harta, keluarga, jiwa dan raga. Seperti Sumaiyah yang ditikam, Bilal yang diseksa dengan teruk, ada juga sahabat-sahabat lain yang digergaji dan dibakar atas bara api hidup-hidup. Mereka semua diseksa dengan teruk semata-mata kerana mempertahankan keislaman mereka.

Dan apa yang berlaku lepas tu? Lepas pembukaan Kota Mekah, Zuljaushan datang jumpa nabi dan terus ucapkan kalimah syahadah untuk menyatakan keislamannya. Tapi masa tu Islam dah pun menang. Dah beribu-ribu orang yang peluk Islam macam Zuljaushan. Maka tiada apa yang istimewa lah dengan pengislaman Zuljaushan itu. Dia sama sahaja dengan ribuan orang lain.

Sama ke golongan awal yang memeluk islam dengan golongan yang terkemudian? Sama ke orang yang bersama-sama nabi berkorban mempertahankan agama Islam ketika Islam itu masih asing, dengan orang yang hanya bersama nabi semasa Islam sudah berada di puncak? Jawapannya tidak.

“Tidak sama keimanan mereka yang berjuang untuk Islam sebelum Islam itu naik dengan keimanan mereka yang memeluk Islam setelah Islam itu berada di puncak”

Diceritakan juga bagaimana Zuljaushan semasa ingin berjumpa Rasulullah dilihat menggigit jari jemarinya tanda penyesalan yang amat sangat kerana menolak perlawaan Nabi untuk menjadi golongan pertama suatu ketika dulu.

Jadi kita macam mana? Kita nak ke jadi macam Zuljaushan? Kita nak jadi pembangun atau penonton?

Cuma keadaan kita lain sikit lah. Alhamdulillah, kita sangat bertuah sebab memang dah dilahirkan sebagai muslim. Cuma, betul ke kita dah masuk dalam Islam secara keseluruhannya? Betul ke kita dah buat semua amanah dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim?

Jika difikirkan semula, Zuljaushan dikira beruntung jugak lah sebab masa Islam menang tu dia masih hidup. Maka dia masih ada peluang untuk peluk Islam dan bertaubat.

Daripada kisah Zuljaushan ni, kita pun bole la kaitkan dengan diri sendiri. Bila dah diberi kefahaman dan pengetahuan dalam agama, teruslah aplikasikan dalam kehidupan. Jangan tangguh-tangguh lagi. Jangan nak tunggu bila dah ada free time ataupun nak tunggu dah bersedia nanti baru nak buat. Sebab belum tentu lagi ‘nanti’ yang kita tangguh-tangguh tu, masa tu kita masih hidup. Jangan sia-sia kan peluang yang kita ada sekarang sebab belum tentu lepas ni kita ada lagi peluang tu. Jangan sampai kita menyesal ‘disana’ nanti.

Umpamanya macam kita tengah tunggu train. Bila train dah sampai, kita tak nak naik pulak. Kita nak main-main dulu dengan harapan nak naik train yang datang lepas tu. Rupa-rupanya train yang kita biar je tadi tu train last. Menyesal kan??

“Dan alangkah ngerinya sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan tuhannya, (mereka berkata),”Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh kami adalah orang-orang yang yakin.”   [As-Sajjadah,32:12]

Tapi nasi da jadi bubur.

Allah SWT tak perlukan kita pun untuk tegakkan Islam. Malah Allah tidak pernah memerlukan manusia untuk menyembah-Nya. Allah tidak menjadi lebih hebat dengan ketundukan manusia kepada-Nya, juga tidak menjadi lemah dengan keingkaran manusia kepada-Nya. Manusia itulah yang hakikatnya menjadi mulia apabila sujud kepada Allah dan menjadi hina apabila ingkar kepada Allah. Ini kerana Allah itulah Pencipta, Maha Besar, Yang Berdiri dengan Sendiri, Maha Perkasa. Kitalah yang sebenarnya memerlukan Allah untuk memandu kehidupan kita di dunia dan memberi kejayaan kepada kita di akhirat.

“Jika kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal yang demikian itu tidaklah merugikan Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
[Surah Ibrahim : 8]

Kitalah yang rugi, serugi-ruginya jika tidak mentaati Allah SWT. Bukan sahaja di dunia tetapi juga rugi berterusan di akhirat. Sesungguhnya kita lah yang memerlukan Allah. Kita lah yang sentiasa mengharap bantuan Allah kerana kita hanyalah hamba yang lemah.

“Wahai orang-orang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu”
[Surah Muhammad : 7]

Marilah menjadi penyumbang kearah pembangunan Islam, walau hanya sekadar mampu menjadi seperti butir-butir pasir yang menjadi asas binaan. Walau peranannya kecil, tetapi tetap diperlukan dalam mendirikan sebuah bangunan.  -wallahualam-


2 comments: