Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing (ghareeb), dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing (ghurabaa')”
Sunday, July 17, 2011
Sebab-sebab Doa Tidak Diterima
"Dan Tuhanmu berfirman,"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan bagimu....
[40:60]
Namun begitu......
Ada juga doa orang yang Allah tak terima. Antara sebab doa seseorang ditolak ialah kerana hatinya yang buta disebabkan 10 perkara:
1) Mengenali Allah SWT tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya.
2) Mengatakan cinta kpd Rasulullah, tetapi meninggalkan sunnahnya.
3) Membaca Al-Quran,tetapi tidak beramal dengannya.
4) Makan nikmat Allah SWT, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya.
5) Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya.
6) Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya.
7) Mengatakan neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya.
8) Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya.
9) Bangun dari tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri.
10) Mengebumikan mayat (sahabat-sahabatnya), tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.
Renung-renungkan, dan selamat beramal... (^_^)
Labels:
doa
Location:
Kushiro, Hokkaido Prefecture, Japan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment