Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Kita bertanya, lalu Al-Quran menjawab...

Kita selalu mengeluh dengan kehidupan, tertanya-tanya atau mungkin ditanya dengan soalan-soalan yang susah untuk dijawab. Tetapi, tanpa kita sedari sebenarnya Allah dah pun menjawab setiap rungutan dan soalan kita melalui Al-Quran. Semoga perkongsian kali ini menjadi renungan dan panduan untuk semua, insyaAllah.



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

AL-QURAN MENJAWAB :
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan; “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka  Allah pasti mengetahui org2 yg benar dan pasti mengetahui org2 yg dusta.”
[Al-Ankabut : 2-3]


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK?

AL-QURAN MENJAWAB:
“...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 
[Al-Baqarah: 216]


KITA BERTANYA : KENAPA BERAT SANGAT UJIAN YANG MENIMPA?

AL-QURAN MENJAWAB:
“Allah tidak membebani seseorang  melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
[Al-Baqarah : 286]


KITA BERTANYA : KENAPA RASA TAK BERSEMANGAT ?

AL-QURAN MENJAWAB : 
“Jgnlah kamu (berasa) lemah, dan jgn pula bersedih hati, kerana kamu org yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org beriman.” 
[Ali Imran : 139]


KITA BERTANYA : BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPI SEMUA NI?

AL-QURAN MENJAWAB :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) , dan kuatkanlah kesabaranmu, dan bersiap-sedialah (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beruntung.
[Ali Imran: 200]


KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT PUN KALAU AKU BERSABAR?

AL-QURAN MENJAWAB:
"Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas."
[Az-Zumar: 10]


KITA BERTANYA: NAK MINTAK TOLONG KAT SIAPA NI?

AL-QURAN MENJAWAB:
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” 
[Al-Baqarah : 45]


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA NI?

AL-QURAN MENJAWAB:
“Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka."
[At-Taubah : 111]


KITA BERTANYA : SIAPA YANG BOLEH AKU HARAPKAN?

AL-QURAN MENJAWAB :
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”
[At-Taubah : 129]


KITA BERKATA : AKU DAH PUAS  BERUSAHA DAN BERDOA, TAPI......

AL-QURAN MENJAWAB:
 “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.” 
[Yusuf : 87]


When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile. (^_^)

Sunday, July 10, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, dengan izin-Nya diberi ilham dan semangat untuk buat blog ni. Walaupun sebenarnya xde lah berbakat sangat menulis. Semoga blog ni dapat memberi manfaat kepada pembaca-pembacanya, insyaAllah.




SIAPA ITU AL-GHURABAA???

Firman Allah SWT:
“Maka mengapa tidak ada di antara umat-umat sebelum kamu orang yang mempunyai keutamaan yang melarang (berbuat) kerosakkan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil diantara orang-orang yang telah Kami selamatkan. Dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan dan kemewahan. Dan mereka adalah orang-orang yang berdosa.”
[Hud 11: 116]


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال َ: قَالَ رَسُولُ اللّهِ قال : بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً فَطُوبىَ لِلْغُرَبَاءِ

Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing


Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,
Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini lebih ramai daripada yang mengikutnya”

mereka inilah GHURABAA!

Firman Allah SWT:
“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan persangkaan belaka, dan mereka hanyalah membuat kebohongan.
[al-An’aam 6: 116]

Allah SWT berpesan lagi:
“Dan hendaklah engkau memutuskan perkara di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakanmu terhadap sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari  hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sungguh, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik”
[al-Maa’idah 5: 49]


Bersabarlah jika kita dipandang asing, jika pandangan itu berpunca kerana kita memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan ini adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan golongan minoriti yang memilih hidup Islam bersedih atau menderita di dunia, mahupun di akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.
Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

Allah SWT memberikan peringatan di dalam al-Quran:
“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur”
[Yusuf 12: 38]

Ketika Saidina Abu Bakar berjalan di sekitar kaabah, beliau terdengar seorang Muslim sedang berdoa di hadapan kaabah dalam keadaan sedih, doanya berbunyi "Ya Allah, jadikanlah aku di kalangan mereka yang sedikit". Saidina Abu Bakar kehairanan lalu bertanya kepada Muslim itu selepas habis berdoa, "Mengapa kamu mahu di kalangan yang sedikit, sedangkan kebanyakan kita mahukan sesuatu yang banyak" lalu muslim itu menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, bukankah Allah SWT banyak berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, "Hanya sedikat hambaku yang bersyukur". Saidina Abu Bakar membenarkan kata-kata Muslim itu dengan penuh insaf.

 Marilah menjadi orang-orang yang asing...