Sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga berdasarkan hadits berikut:
Tercatat dalam “ARRIYADH ANNADHIRAH FI MANAQIBIL ASYARAH “ dari sahabat Abu Dzar r.a, bahawa Rasulullah S.A.W masuk ke rumah Aisyah r.a dan bersabda: “Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar khabar gembira?” Aisyah menjawab : “Tentu, ya Rasulullah.” Lalu Nabi S.A.W bersabda, ”Ada sepuluh orang yang mendapat khabar gembira masuk syurga, iaitu : Ayahmu(Abu Bakar) masuk syurga dan kawannya adalah Ibrahim, Umar masuk syurga dan kawannya Nuh, Usman masuk syurga dan kawannya adalah Aku, Ali masuk syurga dan kawannya adalah Yahya bin Zakaria, Talhah masuk syurga dan kawannya adalah Daud, Azzubair masuk syurga dan kawannya adalah Ismail, Sa’ad masuk syurga dan kawannya adalah Sulaiman, Said bin Zaid masuk syurga dan kawannya adalah Musa bin Imran, Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dan kawannya adalah Isa bin Maryam, Abu Ubaidah ibnu Jarrah masuk syurga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.”
Apa yg kita dpt daripada hadis ni?
Daripada hadis ni kita jelas, siapa antara sahabat Rasulullah yang memang dah dijamin masuk syurga. Oleh kerana kita juga mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk bersama-sama Rasulullah SAW masuk ke dalam syurga, jadi amatlah perlu untuk kita kaji dan faham apa yang melayakkan mereka menjadi salah seorang ahli syurga. Bukan calang-calang orang yang diberi anugerah oleh Allah dengan anugerah yang sebegitu hebat. Mereka ini hardcore dalam Islam.Mereka inilah logam. Kenapa saya cakap mereka ‘logam’??
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”
Seperti logam? Kenapa logam? Cuba kita kaji ciri-ciri logam. Keras, kuat, berguna dalam kehidupan, sesuatu yang penting, kan. Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.
Sahabat-sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga ini mereka sangat faham mengapa perlunya berkorban dan berjuang. Mereka benar-benar faham kebenaran Islam, Allah sebagai yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai utusan dari Allah. Mereka inilah yang sama-sama berjuang dengan Rasulullah SAW dengan seluruh jiwa dan raga dlm menegakkan Islam ketika Islam masih begitu asing dan masih ditindas. Mereka inilah antara orang-orang hebat yang penah wujud diatas muka bumi ini. Tetapi malangnya sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang hebat ini semakin dilupakan. Hampir tidak dikenali lagi. Artis lebih diagung-agungkan. Inilah realiti kehidupan hari ini. Amat menyedihkan. Oleh itu, kita lah yang perlu mengenali dan mengambil pengajaran daripada mereka. Kalau bukan kita, siapa lagi?
Setiap seorang antara sahabat nabi ini mempunyai personaliti dan kelebihan yang berbeza-beza dan ujian-ujian yang menimpa mereka juga berbeza. Abu Bakar As-Siddiq dengan sifat lemah lembut, Umar Al-Khatab dengan sifat tegas dan garang, Usman bin Affan dikenali dengan sifat pemalunya. Mereka menggunakan sifat-sifat yang berbeza ini kearah pembangunan Islam kerana matlamat hidup mereka sama. Kita juga telah dilahirkan dengan personaliti yang berbeza-beza. Dengan mengenali para sahabat, kita dapat menggunakan sifat-sifat dan kelebihan dalam diri kita ini kearah kebaikan, lantas menyumbang kepada Islam, insyaAllah.
Syurga itu terlampau indah. Sehingga tidak dapat dibayangkan dengan akal akan keindahannya. Hanya orang-orang yang hebat sahaja yang layak masuk ke dalam syurga. Kita tiada pilihan lain, selain menjadi orang yang hebat. Marilah bersama berjuang berbekalkan takwa dalam mengharungi kehidupan ini. Semoga Allah meredhai setiap usaha kita…
ayyuha jiddan :)
ReplyDelete