Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Mujahadah Jambatan Takwa


Pernah tak kita rasa nak buat kebaikan, tapi selalu gagal melakukannya. Dan kita juga selalu berazam tak nak buat kejahatan tapi selalu terdorong melakukannya. Kenapa jadi camni? Kita seolah-olah dah tak ada kuasa untuk kawal diri sendiri.Macam ada kuasa lebih kuat yang control diri kita. Sebenarnya memang setiap masa kita dibelenggu oleh 2 musuh yang sentiasa mendorong kita kearah kejahatan, iaitu syaitan dan hawa nafsu.

Tapi bulan Ramadan ni kita sangat bertuah sebab Allah dah ikat musuh utama kita iaitu syaitan. Jadi tinggal nafsu sahaja lagi yang perlu dikawal dan ditundukkan. Tapi macam mana???
MUJAHADAH !

Mujahadah bermaksud: berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda;
“Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.

Kita da tau kan nak lawan hawa nafsu perlukan mujahadah. Tapi macam mana nak mujahadah??

1)    Begin with the end in mind.

Apa kena mengenanya dengan mujahadah? Ramai yang nak berubah untuk menjadi lebih baik. Dan biasanya ramai yang berazam untuk menjadikan Ramadan ini satu titik permulaan untuk perubahan. Jadi jom berazam untuk menjadi lebih baik dari Ramadan ini dan jadikan ‘the end’ itu bukan setakat sampai habis Ramadan saje, tetapi ‘the end’ kita nanti ialah mati dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan seterusnya dapat masuk syurga bersama-sama dengan Rasulullah. Jika benar matlamat pengakhiran kita nanti di syurga, insyaAllah semangat utk mujahadah ini akan membuak-buak. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Syurga itu sangat best sehingga tak dapat nak dibayangkan dengan akal fikiran manusia. Syurga itu hebat, dan hanya orang-orang hebat saja yang layak masuk syurga. Dan kita tiada pilihan lain selain menjadi orang yang hebat.
Ade orang kata “aku nak jadi biasa-biasa jela”. Cuba kita tanya diri sendiri, dengan jadi “biasa-biasa jela” tu, kita layak ke untuk masuk syurga? Layak ke untuk ada bersama-sama dengan Rasulullah dan para sahabat yang berjuang bermati- matian untuk menegakkan Islam? Sedangkan kita hanya menginginkan syurga tanpa usaha, tanpa mujahadah, menjadikan nafsu sendiri sebagai tuan. Layakkah? Tepuk dada, tanya iman.

“Orang yang berwawasan sering memandang jauh melepasi kematiannya, dia memilih bagaimana dia hendak mati dan dia sendiri memilih tempat mana dia hendak pergi selepas mati”

2)    Selalu muhasabah diri

Di mana Allah dalam hati kita? Betul ke Allah sentiasa ada dalam hati kita? Betul ke Allah jadi keutamaan dalam hidup kita? Ye ke cinta kita kepada Allah ini bukan palsu?

Imam Al-Ghazali menyatakan dalam Ihya Ulumuddin;
“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, samada dari aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta snggup melawan hawa nafsunya kerana Allah, Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat,”

Berhubung dengan ini, Abdullah Ibnu Mubarak berkata;
“Jika cintamu benar, kamu akan mentaati-Nya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu.”

Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah SWT( mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha)”
[Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majjah]

Jadi setiap hari mari kita muhasabah diri dengan soalan-soalan diatas dalam memberi semangat mujahadah kepada kita supaya kita tergolong dalam golongan orang yang bijak.

3)    Dzikrul maut (mengingati mati)

Sabda Rasulullah: “Banyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang menghapuskan kelazatan, iaitu mati”

Bila ingat mati, macam automatik rasa insaf dan hilang rasa nak berseronok.Sebab kita jelas bahawa mati itu pasti, dan setiap detik, sedar atau tidak kita sebenarnya semakin menghampiri kematian. Jadi ini adalah antara cara paling berkesan untuk bermujahadah.

Sebagai contoh:
Satu petang kita tengok la satu cerita best kat tv. Time tengok tv tu tiba-tiba azan asar. Kita nak berhenti untuk solat atau terus sambung tengok je cerita tu sampai habis?
“Cerita habis kol 6.30, sempat lagi nak solat asar time tu” kata nafsu.
“Tapi mana tau pukul 6.30 tu kau masih hidup? Mungkin pukul 5 jap lagi malaikat datang untuk cabut nyawa kau.”kata iman.

Jika kita ada semangat mujahadah yang tinggi, kita takkan ikut nafsu dan akan sentiasa mempertahankan iman kita. Di sini kita bole pakai balik point (1) dan (2) tadi. Kalau betul Allah jadi keutamaan kita, takkan la kita sanggup pilih tv berbanding solat. Jika cinta kita kepada Allah itu benar, mesti kita da siap sedia sebelum azan lagi untuk sujud mentaati perintah Allah. Adakah dengan hanya “asalkan aku solat, kira ok la” itu cukup untuk melayakkan kita ke syurga? Fikirkanlah. Banyak lagi dugaan-dugaan lain dalam hidup kita yang amat menuntut kepada mujahadah.


Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa menyatakan:
“Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah.Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa.”

Untuk berubah itu sebenarnya amat sukar, tidak semudah mengucapkannya. Walaupun susah, tetapi jangan sekali-kali berhenti berusaha dan sentiasalah bermujahadah. Mujahadah itu menuntut kepada istiqamah. Syaitan dan nafsu takkan pernah berputus asa memperdayakan dan melemahkan anak adam sehingga hari kiamat. Jadi begitulah seharusnya kita, jangan pernah berputus asa dan tunduk kepada bisikan syaitan dan hawa nafsu. Teruskan bermujahadah. Ganbarimashou!!


Tuesday, July 26, 2011

Adab Bercakap


Rasulullah saw pernah ditanya tentang sebab yang paling banyak mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab yang paling banyak mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut dan kemaluan.
(HR. Tirmidzi)

Sebab tu kita lahir dengan 2 mata, 2 talinga tetapi hanya 1 mulut supaya kita lebih banyak melihat dan mendengar daripada bercakap. Pepatah melayu pun ade mengatakan “kerana mulut badan binasa”. Oleh kerana kita semua tak nak binasa ‘di sana’ nanti akibat mulut kita, jom belajar adab bercakap.

1)    Semua perkataan mestilah membawa kebaikan

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

2)    Bercakap mestilah jelas dan mudah difahami

Aisyah berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya”
(Hadis riwayat Abu Daud)

3)    Rendah diri dan menjauhi sikap berdolak dalih

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersifat sombong dalam bercakap”
(Hadis riwayat Tarmizi- hadis Hassan)

4)    Menghindari banyak bercakap, kerana khuatir membosankan orang yang mendengar.

Seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il :
“Adalah Ibnu Mas’ud R.A. senantiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud)! Seandainya engkau mahu mengajari kami setiap hari?” Maka jawab Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi S.A.W. dan baginda menjawab khuatir membosankan kami.” (HR Muttafaq’alaih)

5)    Bercakap benar dan menghindari dari menyatakan yang dusta

Ada pepatah mengatakan, “Bercakap benarlah kamu, walaupun yang benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarab”

“Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika ia diberi amanah ia khianat.”
(HR Bukhari)

6)    Mengulangi kata-kata yang penting, jika diperlukan

Anas berkata apabila Rasulullah SAW bercakap, maka baginda akan mengulanginya sampai 3 kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang, maka baginda akan mengucapkan salam 3 kali”
(HR Bukhari)

7)    Menjauhi perdebatan sengit

Sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi S.A.W. :
“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.”
(HR Abu Daud)

8)    Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.

Sabda Rasulullah SAW: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
(HR Tirmidzi dengan sanad sahih)

9)    Menghindari banyak membuat lawak.

“Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.”
(HR Bukhari)

10)  Menghindari ghibah (mengumpat) dan mengadu domba.

Sabda Rasulullah SAW: “Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
(HR Muttaafaq’alaih)

11)  Jangan menghina atau mengaibkan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW:“Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.”
(HR Abu Daud dan Tirmidzi)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujuraat: ayat 12)

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”
(riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani).

12)  Mengucapkan “insyaAllah” terhadap sesuatu rancangan atau sesuatu yang belum pasti.

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini."
(Al-Kahfi,18: 23- 24)



Renung-renungkan dan mari beramal (^_~)




Thursday, July 14, 2011

Kita bertanya, lalu Al-Quran menjawab...

Kita selalu mengeluh dengan kehidupan, tertanya-tanya atau mungkin ditanya dengan soalan-soalan yang susah untuk dijawab. Tetapi, tanpa kita sedari sebenarnya Allah dah pun menjawab setiap rungutan dan soalan kita melalui Al-Quran. Semoga perkongsian kali ini menjadi renungan dan panduan untuk semua, insyaAllah.



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

AL-QURAN MENJAWAB :
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan; “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka  Allah pasti mengetahui org2 yg benar dan pasti mengetahui org2 yg dusta.”
[Al-Ankabut : 2-3]


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK?

AL-QURAN MENJAWAB:
“...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 
[Al-Baqarah: 216]


KITA BERTANYA : KENAPA BERAT SANGAT UJIAN YANG MENIMPA?

AL-QURAN MENJAWAB:
“Allah tidak membebani seseorang  melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
[Al-Baqarah : 286]


KITA BERTANYA : KENAPA RASA TAK BERSEMANGAT ?

AL-QURAN MENJAWAB : 
“Jgnlah kamu (berasa) lemah, dan jgn pula bersedih hati, kerana kamu org yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org beriman.” 
[Ali Imran : 139]


KITA BERTANYA : BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPI SEMUA NI?

AL-QURAN MENJAWAB :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) , dan kuatkanlah kesabaranmu, dan bersiap-sedialah (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beruntung.
[Ali Imran: 200]


KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT PUN KALAU AKU BERSABAR?

AL-QURAN MENJAWAB:
"Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas."
[Az-Zumar: 10]


KITA BERTANYA: NAK MINTAK TOLONG KAT SIAPA NI?

AL-QURAN MENJAWAB:
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” 
[Al-Baqarah : 45]


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA NI?

AL-QURAN MENJAWAB:
“Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka."
[At-Taubah : 111]


KITA BERTANYA : SIAPA YANG BOLEH AKU HARAPKAN?

AL-QURAN MENJAWAB :
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”
[At-Taubah : 129]


KITA BERKATA : AKU DAH PUAS  BERUSAHA DAN BERDOA, TAPI......

AL-QURAN MENJAWAB:
 “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.” 
[Yusuf : 87]


When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile. (^_^)