Antara taknik untuk dapat solat yang khusyuk dan kemanisan beribadah:
1) Sentiasa melaksanakan solat berjemaah, yg paling afdal di masjid)
2) Menjaga makanan dan minuman agar terjamin kehalalannya.
3) Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin
4) Jangan bersolat sambil menahan air besar atau kecil, dan selesaikan semua urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5) Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta menyertakan niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6) Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak mengadap pembesar negeri.
7) Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang menganggu fikiran atau membimbangkan hati.
8) Mengingati mati dan bayangkan itu merupakan solat kita yang terakhir sekali dalam hidup.
9) Menyedari kita sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.
10) Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat setiap gerak-geri kita.
11) Memahami segala makna bacaan dalam solat, termasuk ayat-ayat Al-Quran dan segala zikir.
12) Sebelum mengangkat takbir, membaca surah AnNas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa2 bacaan untuk menjauhkan diri dari syaitan.
13) Memandang ke tempat sujud dan tak terlalu banyak gerakkan anggota badan atau berpaling semasa dalam solat.
14) Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15) Memanjangkan sedikit tempoh masa rukuk dan sujud.
16) Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.
17) Jangan memandang ke kiri atau kanan.
mari beramal! (^_^)
No comments:
Post a Comment