Pernah tak kita rasa nak buat kebaikan, tapi selalu gagal melakukannya. Dan kita juga selalu berazam tak nak buat kejahatan tapi selalu terdorong melakukannya. Kenapa jadi camni? Kita seolah-olah dah tak ada kuasa untuk kawal diri sendiri.Macam ada kuasa lebih kuat yang control diri kita. Sebenarnya memang setiap masa kita dibelenggu oleh 2 musuh yang sentiasa mendorong kita kearah kejahatan, iaitu syaitan dan hawa nafsu.
Tapi bulan Ramadan ni kita sangat bertuah sebab Allah dah ikat musuh utama kita iaitu syaitan. Jadi tinggal nafsu sahaja lagi yang perlu dikawal dan ditundukkan. Tapi macam mana???
MUJAHADAH !
Mujahadah bermaksud: berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda;
“Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.
Kita da tau kan nak lawan hawa nafsu perlukan mujahadah. Tapi macam mana nak mujahadah??
1) Begin with the end in mind.
Apa kena mengenanya dengan mujahadah? Ramai yang nak berubah untuk menjadi lebih baik. Dan biasanya ramai yang berazam untuk menjadikan Ramadan ini satu titik permulaan untuk perubahan. Jadi jom berazam untuk menjadi lebih baik dari Ramadan ini dan jadikan ‘the end’ itu bukan setakat sampai habis Ramadan saje, tetapi ‘the end’ kita nanti ialah mati dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan seterusnya dapat masuk syurga bersama-sama dengan Rasulullah. Jika benar matlamat pengakhiran kita nanti di syurga, insyaAllah semangat utk mujahadah ini akan membuak-buak. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Syurga itu sangat best sehingga tak dapat nak dibayangkan dengan akal fikiran manusia. Syurga itu hebat, dan hanya orang-orang hebat saja yang layak masuk syurga. Dan kita tiada pilihan lain selain menjadi orang yang hebat.
Ade orang kata “aku nak jadi biasa-biasa jela”. Cuba kita tanya diri sendiri, dengan jadi “biasa-biasa jela” tu, kita layak ke untuk masuk syurga? Layak ke untuk ada bersama-sama dengan Rasulullah dan para sahabat yang berjuang bermati- matian untuk menegakkan Islam? Sedangkan kita hanya menginginkan syurga tanpa usaha, tanpa mujahadah, menjadikan nafsu sendiri sebagai tuan. Layakkah? Tepuk dada, tanya iman.
“Orang yang berwawasan sering memandang jauh melepasi kematiannya, dia memilih bagaimana dia hendak mati dan dia sendiri memilih tempat mana dia hendak pergi selepas mati”
2) Selalu muhasabah diri
Di mana Allah dalam hati kita? Betul ke Allah sentiasa ada dalam hati kita? Betul ke Allah jadi keutamaan dalam hidup kita? Ye ke cinta kita kepada Allah ini bukan palsu?
Imam Al-Ghazali menyatakan dalam Ihya Ulumuddin;
“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, samada dari aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta snggup melawan hawa nafsunya kerana Allah, Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat,”
Berhubung dengan ini, Abdullah Ibnu Mubarak berkata;
“Jika cintamu benar, kamu akan mentaati-Nya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu.”
Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah SWT( mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha)”
[Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majjah]
Jadi setiap hari mari kita muhasabah diri dengan soalan-soalan diatas dalam memberi semangat mujahadah kepada kita supaya kita tergolong dalam golongan orang yang bijak.
3) Dzikrul maut (mengingati mati)
Sabda Rasulullah: “Banyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang menghapuskan kelazatan, iaitu mati”
Bila ingat mati, macam automatik rasa insaf dan hilang rasa nak berseronok.Sebab kita jelas bahawa mati itu pasti, dan setiap detik, sedar atau tidak kita sebenarnya semakin menghampiri kematian. Jadi ini adalah antara cara paling berkesan untuk bermujahadah.
Sebagai contoh:
Satu petang kita tengok la satu cerita best kat tv. Time tengok tv tu tiba-tiba azan asar. Kita nak berhenti untuk solat atau terus sambung tengok je cerita tu sampai habis?
“Cerita habis kol 6.30, sempat lagi nak solat asar time tu” kata nafsu.
“Tapi mana tau pukul 6.30 tu kau masih hidup? Mungkin pukul 5 jap lagi malaikat datang untuk cabut nyawa kau.”kata iman.
Jika kita ada semangat mujahadah yang tinggi, kita takkan ikut nafsu dan akan sentiasa mempertahankan iman kita. Di sini kita bole pakai balik point (1) dan (2) tadi. Kalau betul Allah jadi keutamaan kita, takkan la kita sanggup pilih tv berbanding solat. Jika cinta kita kepada Allah itu benar, mesti kita da siap sedia sebelum azan lagi untuk sujud mentaati perintah Allah. Adakah dengan hanya “asalkan aku solat, kira ok la” itu cukup untuk melayakkan kita ke syurga? Fikirkanlah. Banyak lagi dugaan-dugaan lain dalam hidup kita yang amat menuntut kepada mujahadah.
Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa menyatakan:
“Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah.Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa.”
Untuk berubah itu sebenarnya amat sukar, tidak semudah mengucapkannya. Walaupun susah, tetapi jangan sekali-kali berhenti berusaha dan sentiasalah bermujahadah. Mujahadah itu menuntut kepada istiqamah. Syaitan dan nafsu takkan pernah berputus asa memperdayakan dan melemahkan anak adam sehingga hari kiamat. Jadi begitulah seharusnya kita, jangan pernah berputus asa dan tunduk kepada bisikan syaitan dan hawa nafsu. Teruskan bermujahadah. Ganbarimashou!!
No comments:
Post a Comment