Wednesday, November 2, 2011

Istiqamah & Iman


Daripada Abu 'Amr Sufyan bin Abdullah Al-Tsaqafi r.a berkata: Aku berkata:
"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang aku tidak meminta kepada seorang pun kecuali kepadamu."
Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah." 

(Riwayat Muslim no.38 Al-Nasa'i no.11489 dan Ibnu Majah no.3972)

Huraian:

Ungkapan; "katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang aku tidak meminta kepada seorang pun kecuali kepadamu." bermaksud "ajarkanlah kepadaku satu kalimah yang pendek tetapi mengandungi makna yang padat dan berisi tentang pengertian Islam yang mudah difahami, sehingga tidak lagi perlu penjelasan orang lain untuk mnejadi dasar amalan."

Maka Rasulullah menjawab:
"Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah." ini adalah kalimah pendek, padat berisi yang Allah berikan kepada Rasulullah SAW.


"Sesungguhnya orang yang menyatakan tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka berdukacita"
(Surah Al-Ahqaf 33:13)
Umar Al-Khattab berkata:
"Mereka (para sahabat) istiqamah demi Allah dalam mentaati Allah dan tidak sedikit pun mereka itu berpaling, sekalipun seperti berpalingnya musang."

Macam mana musang berpaling? saya pun xtau yang tu. tapi maksudnya kat sini, mereka lurus dan teguh dlm melaksanakan sebahagian besar ketaatannya kpd Allah, baik dlm keyakinan,ucapan ataupun perbuatan dan mereka terus menerus berbuat begitu sampai mati. Begitulah pendapat sebahagian besar para mufasir.

Abul Qasim al-Qusyairi berkata:
"istiqamah adalah satu tingkatan yg menjadi penyempurna dan pelengkap semua urusan.Dengan istiqamah, segala kebaikan dengan semua aturannya dapat diwujudkan. Orang yg tidak istiqamah dalam usahanya pasti sia-sia dan gagal."




رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
“(Mereka berdoa): ‘Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” ( Ali ‘Imran : 8 )


       jom istiqamah ^^


Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat tinggal Ramadan Karim..
Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan ini diterima-Nya.


"Ya Allah, ampunilah bagi kami kesalahan kami, kejahilan kami, keterlaluan dalam urusan kami dan Engkaulah yang lebih mengetahui tentangnya berbanding kami Ya Allah. Ampunilah bagi kami segala dosa yang terdahulu dan yang terkemudian dan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami nyatakan, Engkaulah yang terdahulu dan yang terkemudian yang Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.Wahai Tuhan kami, ke atas Engkau kami berserah Dan kepada Engkau kami bertaubat dan kepada Engkaulah tempat kembali."

p/s: kpd yg mengenali diri ini, maaf zahir & batin. 。・°°・(>_<)・°°・。

Monday, August 22, 2011

Kenangan Terindah - Umrah & Ziarah

Ahad, 7 Ogos 2011

di KLIA 2 jam sebelum berlepas ke Jeddah, pastu dengar taklimat ringkas, berlepas pada 12.45




Tiba di Jeddah lebih kurang pukul 5 petang waktu tempatan. Lepas maghrib, kami menaiki bas ke Madinah sejauh 420 km yang mengambil masa 5-6 jam.

hotel di madinah
Lepas berehat dalam sejam lebih, kena turun sahur & bersedia untuk solat subuh di Masjid Nabawi yang terletak lebih kurang 5 minit berjalan kaki.

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi Muhammad SAW  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari


Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."








Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."

Malam itu pertama kali dapat berbuka dan tarawih di Masjid Nabawi. Walaupun agak ngantuk tapi sangat best.

Isnin, 8 gos 2011

Ziarah Dalam iaitu ziarah di sekitar kawasan masjid Nabawi.
  • Makam Rasulullah SAW dan para sahabat ( Saidina Abu Bakar RA & Saidina Umar RA)
  • Raudhah (tempat mustajab doa)
NABI SAW PERNAH BERSABDA YANG BERMAKSUD, “DI ANTARA RUMAHKU DAN MIMBARKU ADA TAMAN RAUDHAH DAN TAMAN-TAMAN DARIPADA SYURGA.”
  • Perkuburan Baqi' (lelaki sahaja)
Terletak kira-kira 300 meter dari pintu depan sebelah kiri Masjid Nabawi. Di perkuburan inilah bersemadi kira-kira 10 000 sahabat termasuk isteri-isteri, anak-anak dan sahabat Rasulullah SAW.



Selasa, 9 Ogos 2011

Ziarah luar

  • Masjid Quba (masjid pertama yang dibina dalam Islam. Terletak lebih kurang 2 batu dari Masjid Nabawi)
"Sesiapa yang berwuduk di rumah dan pergi Masjid Quba' serta menunaikan solat akan diberi pahala sekali umrah" (Riwayat Ibnu Majah)


  • Masjid Qiblatain (Tempat dimana Rasulullah SAW mendapat wahyu untuk menukar arah qiblat dari masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke arah Masjidil Haram)

  • Jabal Uhud 
 Bersemadi 70 sahabat Rasulullah SAW kerana Syahid dalam Perang Uhud pada tahun 3 Hijrah, termasuk bapa saudara Nabi, Saidina Hamzah RA.

Bukit Uhud yang akan mendiami syurga kerana darah Rasulullah SAW pernah tumpah di kaki bukit ini semasa peperangan Uhud.

makam para syuhada' Perang Uhud
Jabal Ainain yang menempatkan 50 pemanah Islam dalam Perang Uhud
  • Bazar kurma dan ladang kurma
ladang kurma
bazar kurma
  •  Kilang Al-Quran (Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk hingga ke dalam kilang)

Rabu, 10 Ogos 2011 

  • Ziarah wada' (perpisahan) kepada Rasulullah SAW sebelum meninggalkan Madinah Munawarah.

"Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya dan janganlah menjadikan kunjungan ini sebagai akhir kedatanganku kepada Nabi-Mu. Hapuskanlah segala dosaku dengan menziarahinya dan bekalkanlah aku keselamatan dalam perjalanan dan mudahkanlah kepulanganku ini menuju keluargaku dan negeriku dengan selamat, wahai Tuhan yang Maha Rahmat"

Berangkat ke Mekah pada pukul 12.30 tengahari dan berhenti untuk solat Zohor dan niat ihram di miqat Bir Ali. Perjalanan ke Mekah sejauh 450 km memakan masa lebih kurang 6 jam. Sepanjang perjalanan jemaah disunatkan bertalbiyah.

"Aku datang menyahut panggilan-Mu. Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu. Aku datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat adalah milik-Mu, demikian juga segala kekuasaan, tidak ada sekutu bagi-Mu"

Tiba di Mekah kira-kira pukul 6.30 petang. Selapas berbuka kami ke Baitullah untuk menunaikan umrah wajib.

Rukun & wajib Umrah:
  • Niat ihram umrah di miqat (Bir Ali, Ja'ranah, Tana'im, Hudaibiyah)
  • Tawaf (7 kali mengelilingi kaabah)
  • Saie (Ulang alik dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali)
  • Bercukur atau bergunting (sekurang-kurangnya 3 helai rambut)
  • tertib
Kali pertama masuk ke Masjidil Haram dan melihat Kaabah, diri ini terasa sungguh kerdil. Terasa keesaan Allah yang Maha Besar ke segenap ruang sanubari. Tak dapat nak digambarkan perasaan time tu. Segala puji bagi Allah yang menyampaikan aku ke rumah-Nya dan menganggap aku layak untuk menziarahinya.

    Khamis, 11 Ogos 2011 

    Aktiviti bebas dan mengerjakan umrah. Pagi itu kami sekeluarga ke Tana'im untuk niat umrah.

    Diriwayatkan oleh Bukhari, no. 1782, dan Muslim, no. 1256, dari Ibnu Abbas RA, dia berkata: Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda kepada wanita dari Anshar: ”Apa yang menghalangi kamu melaksanakan haji bersama kami?” Dia berkata: ”Kami hanya mempunyai dua ekor unta untuk menyiram tanaman. Bapak dan anaknya menunaikan haji dengan membawa satu ekor unta dan kami ditinggalkan satu ekor unta untuk menyiram tanaman.” Beliau bersabda: “Jika datang bulan Ramadan tunaikanlah umrah, karena umrah (di bulan Ramadhan) seperti haji”. Dalam riwayat Muslim: “(seperti) haji bersamaku”.

    Memandangkan ganjarannya besar, dugaan dan cabarannya, dan orang dari seluruh dunia juga turun ke Mekah sama ramai seperti musim haji. Jika ingin melihat orang bertengkar untuk mendapatkan ruang dalam saf, inilah masanya. Semuanya kerana mereka menyedari ganjaran besar yang menanti mereka yang solat di Masjidil Haram iaitu 100 000 kali berbanding masjid lain. Umumnya, untuk mendapat ruang yang selesa, seseorang perlu bergerak ke masjid sekurang-kurangnya sejam sebelum solat fardhu. Kerana itu, mereka yang terlewat akan cuba menyelit di setiap ruang yang ada. Asalkan muat kepala untuk sujud sudah memadai. Di sini teruji kesabaran para jemaah sama ada ingin memberi ruang kepada saudara yang datang lewat atau berkeras mempertahankan 'ruang' yang ada. Dalam keadaan yang sesak begitu, berkat doa, biasanya ada sahaja individu yang menawarkan ruang untuk solat. Begitulah keajaiban dan kuasa Allah SWT yang sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.

    Suhu di Mekah kira-kira 45-50 degree celcius. Namun begitu, alhamdulillah dengan izinnya dimudahkan segala urusan untuk menyempurnakan ibadah umrah. 

    Malam itu buat pertama kalinya dapat berbuka dan menunaikan solat tarawih di Masjidil Haram. Perasaaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

    Masjidil Haram Gate King Abdul Aziz, no 1
    Jumaat, 12 Ogos 2011

    Kerana terdapat sedikit kecelaruan jadual, kami tidak sempat untuk melakukan umrah pada hari itu. Hanya sempat untuk membuat tawaf sunat. Dan Alhamdulillah turut berpeluang solat dalam Hijir Ismail dan belakang Makam Ibrahim.




    Untuk solat Jumaat pula, para jemaah perlu berada di Masjidil Haram sekurang-kurangnya 2 jam sebelum solat pada pukul 12.30 tengahari untuk mendapat tempat, namun tiada yang merungut. Bukan sahaja lelaki yang turun untuk solat Jumaat, perempuan juga turut bersama-sama solat Jumaat. Bagi yang lewat, mereka reda 'dibakar' matahari sementara menunggu waktu solat kerana terpaksa berada di tingkat paling atas yang berbumbungkan langit atau di dataran putih.

    Sabtu, 13 Ogos 2011

    Ziarah luar
    • Jabal Rahmah (Tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas diturunkan dari syurga, antara tempat mustajab doa)
     
    • Jabal Thur (terletaknya Gua Thur iaitu tempat Rasulullah SAW & Saidina Abu Bakar bersembunyi semasa dalam perjalanan hijrah ke Madinah)

    • Jabal Nur (Gua Hira')
    • Mina
    • Padang Arafah
    • Bermiqat di Ja'ranah untuk menunaikan umrah.
    Ahad, 14 Ogos 2011

    Menunaikan umrah seperti biasa.

    Multazam

    Makam Ibrahim

    Setiap kali selepas solat fardhu di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram mesti disusuli dengan solat jenazah. Kadang kala jenazah mencecah sehingga 12 orang pada satu-satu waktu. 

    Hadis Thauban r.a, bekas hamba Rasulullah s.a.w:
    Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang jenazah, maka dia mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak). Jika dia menghadiri pengebumiannya maka dia mendapat dua qirat. Satu qirat adalah sama dengan bukit Uhud.
     
    Dan sebenarnya solat jenazah sangat-sangatlah mudah. Biasanya disana dilakukan tak sampai 2 minit pun. Rukun solat jenazah.
      1. Berdiri betul seperti solat biasa.
      2. Niat
      3. Takbiratul ihram - Allahu Akbar
      4. Membaca Al-Fatihah diikuti Allahuakbar
      5. Selawat keatas nabi diikuti Allahu Akbar
      6. Berdoa ke atas mayat
      7. Memberi salam
      Isnin, 15 Ogos 2011

      Ziarah luar
      • Ladang unta

      susu unta fresh dari ladang
      • Tempat-tempat bersejarah di Hudaibiyah
      Tempat dimana berlakunya Perjanjian Hudaibiyah
      Selepas melawat, kami bermiqat di Hudaibiyah dan kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadah umrah.

      Selasa, 16 Ogos 2011

      Hari itu umrah seperti biasa dan itu merupakan umrah terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia. Dan telah ditakdirkan malam terakhir kami disana merupakan malam Nuzul Al-Quran. Imam yang membawa tarawih malam itu, Abdul Rahman Al-Sudais dengan bacaannya cukup menggetarkan semua urat saraf yang ada. Hari itu merupakan hari terakhir kami berbuka dan bertarawih di masjidil Haram pada tahun ini. Semoga ada lagi peluang pada Ramadan-Ramadan yang akan datang.

      Mecca Royal Clock Tower


      Hotel di Mekah

       Rabu, 17 Ogos 2011

      Lebih kurang pada pukul 10.00 pagi kami melakukan tawaf wida' (tawaf selamat tinggal)

      "Ya Allah, rumah ini rumah-Mu, aku ini hamba-Mu, anak dari hamba-hamba-Mu. Engkau telah membawaku dalam hal yang Engkau sendiri mudahkan untukku sehingga Engkau jalankan aku di negeri-Mu ini dan Engkau telah menyampaikan aku dengan nikmat-Mu jua sehingga Engkau menolong aku untuk menunaikan ibadah umrah. Jika Engkau reda kepadaku maka tambahkanlah keredaan itu padaku. Jika tidak aku memohon kapada-Mu redailah aku sekarang sebelum aku jauh dari rumah-Mu ini Ya Allah. Sekarang sudah waktunya aku hendak pulang. Jika Engkau izinkanaku dengan tidak menukar sesuatu dengan zat-Mu ataupun rumah-Mu, bukan benci pada-Mu dan tidak pula benci pada rumah-Mu.
      Ya Allah, berkatilah aku ini dengan afiat pada tubuhku, tetap menjaga agamaku, baikkanlah kepulanganku dan berilah aku taat setia kepada-Mu selama-lamanya, selagi Engkau membiarkan aku hidup dan kumpulkanlah bagiku kebaikan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah,aku memohon kepadaMu janganlah jadikan masaku ini masa terakhir bagiku dengan rumah-Mu. Jika sekiranya Engkau jadikan masa ini terakhir bagiku, maka gantikanlah syurga untukku dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Amin. Terimalah doa kami wahai Tuhan sekalian alam."

      Dalam perjalanan ke Jeddah, kami sempat singgah solat di Masjid Terapung.

      Add caption
      Lapangan Terbang Jeddah


      Bertolak pulang ke Malaysia pada pukul 9.30 malam
      Khamis, 18 Ogos 2011

      Alhamdulillah tiba di KLIA lebih kurang pada pukul 11.00 pagi (waktu Malaysia). Terasa bagai jasad sahaja yang pulang ke Malaysia, hati ini masih tertinggal di Baitullah.

      "Wahai Tuhanku, berikan aku kemampuan supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam( yang tunduk patuh kepada-Mu)"
      [Al-Ahqaf:15]

      Sunday, August 7, 2011

      Terima Kasih Ya Allah...

      Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana memilihku menjadi tetamu-Mu

      "Aku datang menyahut panggilan-Mu. Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat adalah milik-Mu, demikian juga segala kekuasaan, tidak ada sekutu bagi-Mu."



       p/s: kepada yang mengenali diri ini, maaf zahir dan batin..

      Friday, July 29, 2011

      Siapa Zuljaushan ???


      Zuljaushan ialah salah seorang sahabat nabi. Lepas perang Badar, Rasulullah datang jumpa Zuljaushan dengan niat untuk ajak dia masuk Islam. Tapi Rasulullah xde la terus ajak dia kepada Islam as in takde la tanya,
      “adakah kamu mahu memeluk Islam?”
      Rasulullah tak cakap macam tu. Tetapi baginda bertanya,

      “Mahukah kamu menjadi salah seorang dikalangan orang-orang yang pertama?”

      Kalau kita fikir-fikir balik kan, kenapa agaknya Rasulullah tanya macam tu? ‘Orang-orang pertama’. No 1 kan. Manusia memang suka jadi yang pertama. Semua orang suka jadi kekasih pertama, isteri pertama, dalam kelas pun nak dapat no 1. Betul tak? Jadi Rasulullah, seorang yang super murabbi ini sangat kenal dengan sifat manusia, lalu menggunakan cara ini untuk mengetuk hati Zuljaushan.

      Namun malangnya, Zuljaushan tak nak jadi antara golongan pertama yang menegakkan Islam. Malah menjawab,

      “Tidak, aku akan lihat dahulu. Sekiranya kau menang aku akan ikut. Tapi sekiranya engkau kalah, aku tidak akan mendapat apa-apa musibah,”

      Aduhai, rugi sungguh Zuljaushan. Masa ni Zuljaushan mungkin dah tahu ajaran yang Rasulullah SAW bawak tu benar, Cuma dia tak nak ambil risiko. Sebab masa ni umat Islam masih lagi ditindas, jadi sesiapa yang memeluk Islam terpaksa bekorban harta, keluarga, jiwa dan raga. Seperti Sumaiyah yang ditikam, Bilal yang diseksa dengan teruk, ada juga sahabat-sahabat lain yang digergaji dan dibakar atas bara api hidup-hidup. Mereka semua diseksa dengan teruk semata-mata kerana mempertahankan keislaman mereka.

      Dan apa yang berlaku lepas tu? Lepas pembukaan Kota Mekah, Zuljaushan datang jumpa nabi dan terus ucapkan kalimah syahadah untuk menyatakan keislamannya. Tapi masa tu Islam dah pun menang. Dah beribu-ribu orang yang peluk Islam macam Zuljaushan. Maka tiada apa yang istimewa lah dengan pengislaman Zuljaushan itu. Dia sama sahaja dengan ribuan orang lain.

      Sama ke golongan awal yang memeluk islam dengan golongan yang terkemudian? Sama ke orang yang bersama-sama nabi berkorban mempertahankan agama Islam ketika Islam itu masih asing, dengan orang yang hanya bersama nabi semasa Islam sudah berada di puncak? Jawapannya tidak.

      “Tidak sama keimanan mereka yang berjuang untuk Islam sebelum Islam itu naik dengan keimanan mereka yang memeluk Islam setelah Islam itu berada di puncak”

      Diceritakan juga bagaimana Zuljaushan semasa ingin berjumpa Rasulullah dilihat menggigit jari jemarinya tanda penyesalan yang amat sangat kerana menolak perlawaan Nabi untuk menjadi golongan pertama suatu ketika dulu.

      Jadi kita macam mana? Kita nak ke jadi macam Zuljaushan? Kita nak jadi pembangun atau penonton?

      Cuma keadaan kita lain sikit lah. Alhamdulillah, kita sangat bertuah sebab memang dah dilahirkan sebagai muslim. Cuma, betul ke kita dah masuk dalam Islam secara keseluruhannya? Betul ke kita dah buat semua amanah dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim?

      Jika difikirkan semula, Zuljaushan dikira beruntung jugak lah sebab masa Islam menang tu dia masih hidup. Maka dia masih ada peluang untuk peluk Islam dan bertaubat.

      Daripada kisah Zuljaushan ni, kita pun bole la kaitkan dengan diri sendiri. Bila dah diberi kefahaman dan pengetahuan dalam agama, teruslah aplikasikan dalam kehidupan. Jangan tangguh-tangguh lagi. Jangan nak tunggu bila dah ada free time ataupun nak tunggu dah bersedia nanti baru nak buat. Sebab belum tentu lagi ‘nanti’ yang kita tangguh-tangguh tu, masa tu kita masih hidup. Jangan sia-sia kan peluang yang kita ada sekarang sebab belum tentu lepas ni kita ada lagi peluang tu. Jangan sampai kita menyesal ‘disana’ nanti.

      Umpamanya macam kita tengah tunggu train. Bila train dah sampai, kita tak nak naik pulak. Kita nak main-main dulu dengan harapan nak naik train yang datang lepas tu. Rupa-rupanya train yang kita biar je tadi tu train last. Menyesal kan??

      “Dan alangkah ngerinya sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan tuhannya, (mereka berkata),”Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh kami adalah orang-orang yang yakin.”   [As-Sajjadah,32:12]

      Tapi nasi da jadi bubur.

      Allah SWT tak perlukan kita pun untuk tegakkan Islam. Malah Allah tidak pernah memerlukan manusia untuk menyembah-Nya. Allah tidak menjadi lebih hebat dengan ketundukan manusia kepada-Nya, juga tidak menjadi lemah dengan keingkaran manusia kepada-Nya. Manusia itulah yang hakikatnya menjadi mulia apabila sujud kepada Allah dan menjadi hina apabila ingkar kepada Allah. Ini kerana Allah itulah Pencipta, Maha Besar, Yang Berdiri dengan Sendiri, Maha Perkasa. Kitalah yang sebenarnya memerlukan Allah untuk memandu kehidupan kita di dunia dan memberi kejayaan kepada kita di akhirat.

      “Jika kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal yang demikian itu tidaklah merugikan Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
      [Surah Ibrahim : 8]

      Kitalah yang rugi, serugi-ruginya jika tidak mentaati Allah SWT. Bukan sahaja di dunia tetapi juga rugi berterusan di akhirat. Sesungguhnya kita lah yang memerlukan Allah. Kita lah yang sentiasa mengharap bantuan Allah kerana kita hanyalah hamba yang lemah.

      “Wahai orang-orang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu”
      [Surah Muhammad : 7]

      Marilah menjadi penyumbang kearah pembangunan Islam, walau hanya sekadar mampu menjadi seperti butir-butir pasir yang menjadi asas binaan. Walau peranannya kecil, tetapi tetap diperlukan dalam mendirikan sebuah bangunan.  -wallahualam-


      Thursday, July 28, 2011

      Mujahadah Jambatan Takwa


      Pernah tak kita rasa nak buat kebaikan, tapi selalu gagal melakukannya. Dan kita juga selalu berazam tak nak buat kejahatan tapi selalu terdorong melakukannya. Kenapa jadi camni? Kita seolah-olah dah tak ada kuasa untuk kawal diri sendiri.Macam ada kuasa lebih kuat yang control diri kita. Sebenarnya memang setiap masa kita dibelenggu oleh 2 musuh yang sentiasa mendorong kita kearah kejahatan, iaitu syaitan dan hawa nafsu.

      Tapi bulan Ramadan ni kita sangat bertuah sebab Allah dah ikat musuh utama kita iaitu syaitan. Jadi tinggal nafsu sahaja lagi yang perlu dikawal dan ditundukkan. Tapi macam mana???
      MUJAHADAH !

      Mujahadah bermaksud: berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.

      Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda;
      “Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.

      Kita da tau kan nak lawan hawa nafsu perlukan mujahadah. Tapi macam mana nak mujahadah??

      1)    Begin with the end in mind.

      Apa kena mengenanya dengan mujahadah? Ramai yang nak berubah untuk menjadi lebih baik. Dan biasanya ramai yang berazam untuk menjadikan Ramadan ini satu titik permulaan untuk perubahan. Jadi jom berazam untuk menjadi lebih baik dari Ramadan ini dan jadikan ‘the end’ itu bukan setakat sampai habis Ramadan saje, tetapi ‘the end’ kita nanti ialah mati dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan seterusnya dapat masuk syurga bersama-sama dengan Rasulullah. Jika benar matlamat pengakhiran kita nanti di syurga, insyaAllah semangat utk mujahadah ini akan membuak-buak. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Syurga itu sangat best sehingga tak dapat nak dibayangkan dengan akal fikiran manusia. Syurga itu hebat, dan hanya orang-orang hebat saja yang layak masuk syurga. Dan kita tiada pilihan lain selain menjadi orang yang hebat.
      Ade orang kata “aku nak jadi biasa-biasa jela”. Cuba kita tanya diri sendiri, dengan jadi “biasa-biasa jela” tu, kita layak ke untuk masuk syurga? Layak ke untuk ada bersama-sama dengan Rasulullah dan para sahabat yang berjuang bermati- matian untuk menegakkan Islam? Sedangkan kita hanya menginginkan syurga tanpa usaha, tanpa mujahadah, menjadikan nafsu sendiri sebagai tuan. Layakkah? Tepuk dada, tanya iman.

      “Orang yang berwawasan sering memandang jauh melepasi kematiannya, dia memilih bagaimana dia hendak mati dan dia sendiri memilih tempat mana dia hendak pergi selepas mati”

      2)    Selalu muhasabah diri

      Di mana Allah dalam hati kita? Betul ke Allah sentiasa ada dalam hati kita? Betul ke Allah jadi keutamaan dalam hidup kita? Ye ke cinta kita kepada Allah ini bukan palsu?

      Imam Al-Ghazali menyatakan dalam Ihya Ulumuddin;
      “Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, samada dari aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta snggup melawan hawa nafsunya kerana Allah, Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat,”

      Berhubung dengan ini, Abdullah Ibnu Mubarak berkata;
      “Jika cintamu benar, kamu akan mentaati-Nya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu.”

      Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah SWT( mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha)”
      [Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majjah]

      Jadi setiap hari mari kita muhasabah diri dengan soalan-soalan diatas dalam memberi semangat mujahadah kepada kita supaya kita tergolong dalam golongan orang yang bijak.

      3)    Dzikrul maut (mengingati mati)

      Sabda Rasulullah: “Banyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang menghapuskan kelazatan, iaitu mati”

      Bila ingat mati, macam automatik rasa insaf dan hilang rasa nak berseronok.Sebab kita jelas bahawa mati itu pasti, dan setiap detik, sedar atau tidak kita sebenarnya semakin menghampiri kematian. Jadi ini adalah antara cara paling berkesan untuk bermujahadah.

      Sebagai contoh:
      Satu petang kita tengok la satu cerita best kat tv. Time tengok tv tu tiba-tiba azan asar. Kita nak berhenti untuk solat atau terus sambung tengok je cerita tu sampai habis?
      “Cerita habis kol 6.30, sempat lagi nak solat asar time tu” kata nafsu.
      “Tapi mana tau pukul 6.30 tu kau masih hidup? Mungkin pukul 5 jap lagi malaikat datang untuk cabut nyawa kau.”kata iman.

      Jika kita ada semangat mujahadah yang tinggi, kita takkan ikut nafsu dan akan sentiasa mempertahankan iman kita. Di sini kita bole pakai balik point (1) dan (2) tadi. Kalau betul Allah jadi keutamaan kita, takkan la kita sanggup pilih tv berbanding solat. Jika cinta kita kepada Allah itu benar, mesti kita da siap sedia sebelum azan lagi untuk sujud mentaati perintah Allah. Adakah dengan hanya “asalkan aku solat, kira ok la” itu cukup untuk melayakkan kita ke syurga? Fikirkanlah. Banyak lagi dugaan-dugaan lain dalam hidup kita yang amat menuntut kepada mujahadah.


      Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa menyatakan:
      “Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah.Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa.”

      Untuk berubah itu sebenarnya amat sukar, tidak semudah mengucapkannya. Walaupun susah, tetapi jangan sekali-kali berhenti berusaha dan sentiasalah bermujahadah. Mujahadah itu menuntut kepada istiqamah. Syaitan dan nafsu takkan pernah berputus asa memperdayakan dan melemahkan anak adam sehingga hari kiamat. Jadi begitulah seharusnya kita, jangan pernah berputus asa dan tunduk kepada bisikan syaitan dan hawa nafsu. Teruskan bermujahadah. Ganbarimashou!!


      Tuesday, July 26, 2011

      Adab Bercakap


      Rasulullah saw pernah ditanya tentang sebab yang paling banyak mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab yang paling banyak mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut dan kemaluan.
      (HR. Tirmidzi)

      Sebab tu kita lahir dengan 2 mata, 2 talinga tetapi hanya 1 mulut supaya kita lebih banyak melihat dan mendengar daripada bercakap. Pepatah melayu pun ade mengatakan “kerana mulut badan binasa”. Oleh kerana kita semua tak nak binasa ‘di sana’ nanti akibat mulut kita, jom belajar adab bercakap.

      1)    Semua perkataan mestilah membawa kebaikan

      Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.”
      (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

      2)    Bercakap mestilah jelas dan mudah difahami

      Aisyah berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya”
      (Hadis riwayat Abu Daud)

      3)    Rendah diri dan menjauhi sikap berdolak dalih

      Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersifat sombong dalam bercakap”
      (Hadis riwayat Tarmizi- hadis Hassan)

      4)    Menghindari banyak bercakap, kerana khuatir membosankan orang yang mendengar.

      Seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il :
      “Adalah Ibnu Mas’ud R.A. senantiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud)! Seandainya engkau mahu mengajari kami setiap hari?” Maka jawab Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi S.A.W. dan baginda menjawab khuatir membosankan kami.” (HR Muttafaq’alaih)

      5)    Bercakap benar dan menghindari dari menyatakan yang dusta

      Ada pepatah mengatakan, “Bercakap benarlah kamu, walaupun yang benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarab”

      “Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika ia diberi amanah ia khianat.”
      (HR Bukhari)

      6)    Mengulangi kata-kata yang penting, jika diperlukan

      Anas berkata apabila Rasulullah SAW bercakap, maka baginda akan mengulanginya sampai 3 kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang, maka baginda akan mengucapkan salam 3 kali”
      (HR Bukhari)

      7)    Menjauhi perdebatan sengit

      Sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

      Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi S.A.W. :
      “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.”
      (HR Abu Daud)

      8)    Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.

      Sabda Rasulullah SAW: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
      (HR Tirmidzi dengan sanad sahih)

      9)    Menghindari banyak membuat lawak.

      “Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.”
      (HR Bukhari)

      10)  Menghindari ghibah (mengumpat) dan mengadu domba.

      Sabda Rasulullah SAW: “Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
      (HR Muttaafaq’alaih)

      11)  Jangan menghina atau mengaibkan orang lain.

      Sabda Rasulullah SAW:“Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.”
      (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

      “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
      (Al-Hujuraat: ayat 12)

      Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”
      (riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani).

      12)  Mengucapkan “insyaAllah” terhadap sesuatu rancangan atau sesuatu yang belum pasti.

      "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini."
      (Al-Kahfi,18: 23- 24)



      Renung-renungkan dan mari beramal (^_~)