di KLIA 2 jam sebelum berlepas ke Jeddah, pastu dengar taklimat ringkas, berlepas pada 12.45 |
hotel di madinah |
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi Muhammad SAW sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."
Malam itu pertama kali dapat berbuka dan tarawih di Masjid Nabawi. Walaupun agak ngantuk tapi sangat best.
Isnin, 8 gos 2011
Ziarah Dalam iaitu ziarah di sekitar kawasan masjid Nabawi.
- Makam Rasulullah SAW dan para sahabat ( Saidina Abu Bakar RA & Saidina Umar RA)
- Raudhah (tempat mustajab doa)
- Perkuburan Baqi' (lelaki sahaja)
Selasa, 9 Ogos 2011
Ziarah luar
- Masjid Quba (masjid pertama yang dibina dalam Islam. Terletak lebih kurang 2 batu dari Masjid Nabawi)
- Masjid Qiblatain (Tempat dimana Rasulullah SAW mendapat wahyu untuk menukar arah qiblat dari masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke arah Masjidil Haram)
- Jabal Uhud
Bukit Uhud yang akan mendiami syurga kerana darah Rasulullah SAW pernah tumpah di kaki bukit ini semasa peperangan Uhud. |
makam para syuhada' Perang Uhud |
Jabal Ainain yang menempatkan 50 pemanah Islam dalam Perang Uhud |
- Bazar kurma dan ladang kurma
ladang kurma |
bazar kurma |
- Kilang Al-Quran (Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk hingga ke dalam kilang)
Rabu, 10 Ogos 2011
- Ziarah wada' (perpisahan) kepada Rasulullah SAW sebelum meninggalkan Madinah Munawarah.
"Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya dan janganlah menjadikan kunjungan ini sebagai akhir kedatanganku kepada Nabi-Mu. Hapuskanlah segala dosaku dengan menziarahinya dan bekalkanlah aku keselamatan dalam perjalanan dan mudahkanlah kepulanganku ini menuju keluargaku dan negeriku dengan selamat, wahai Tuhan yang Maha Rahmat"
Berangkat ke Mekah pada pukul 12.30 tengahari dan berhenti untuk solat Zohor dan niat ihram di miqat Bir Ali. Perjalanan ke Mekah sejauh 450 km memakan masa lebih kurang 6 jam. Sepanjang perjalanan jemaah disunatkan bertalbiyah.
"Aku datang menyahut panggilan-Mu. Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu. Aku datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat adalah milik-Mu, demikian juga segala kekuasaan, tidak ada sekutu bagi-Mu"
Rukun & wajib Umrah:
- Niat ihram umrah di miqat (Bir Ali, Ja'ranah, Tana'im, Hudaibiyah)
- Tawaf (7 kali mengelilingi kaabah)
- Saie (Ulang alik dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali)
- Bercukur atau bergunting (sekurang-kurangnya 3 helai rambut)
- tertib
Aktiviti bebas dan mengerjakan umrah. Pagi itu kami sekeluarga ke Tana'im untuk niat umrah.
Diriwayatkan oleh Bukhari, no. 1782, dan Muslim, no. 1256, dari Ibnu Abbas RA, dia berkata: Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda kepada wanita dari Anshar: ”Apa yang menghalangi kamu melaksanakan haji bersama kami?” Dia berkata: ”Kami hanya mempunyai dua ekor unta untuk menyiram tanaman. Bapak dan anaknya menunaikan haji dengan membawa satu ekor unta dan kami ditinggalkan satu ekor unta untuk menyiram tanaman.” Beliau bersabda: “Jika datang bulan Ramadan tunaikanlah umrah, karena umrah (di bulan Ramadhan) seperti haji”. Dalam riwayat Muslim: “(seperti) haji bersamaku”.
Memandangkan ganjarannya besar, dugaan dan cabarannya, dan orang dari seluruh dunia juga turun ke Mekah sama ramai seperti musim haji. Jika ingin melihat orang bertengkar untuk mendapatkan ruang dalam saf, inilah masanya. Semuanya kerana mereka menyedari ganjaran besar yang menanti mereka yang solat di Masjidil Haram iaitu 100 000 kali berbanding masjid lain. Umumnya, untuk mendapat ruang yang selesa, seseorang perlu bergerak ke masjid sekurang-kurangnya sejam sebelum solat fardhu. Kerana itu, mereka yang terlewat akan cuba menyelit di setiap ruang yang ada. Asalkan muat kepala untuk sujud sudah memadai. Di sini teruji kesabaran para jemaah sama ada ingin memberi ruang kepada saudara yang datang lewat atau berkeras mempertahankan 'ruang' yang ada. Dalam keadaan yang sesak begitu, berkat doa, biasanya ada sahaja individu yang menawarkan ruang untuk solat. Begitulah keajaiban dan kuasa Allah SWT yang sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.
Suhu di Mekah kira-kira 45-50 degree celcius. Namun begitu, alhamdulillah dengan izinnya dimudahkan segala urusan untuk menyempurnakan ibadah umrah.
Malam itu buat pertama kalinya dapat berbuka dan menunaikan solat tarawih di Masjidil Haram. Perasaaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.
Masjidil Haram Gate King Abdul Aziz, no 1 |
Kerana terdapat sedikit kecelaruan jadual, kami tidak sempat untuk melakukan umrah pada hari itu. Hanya sempat untuk membuat tawaf sunat. Dan Alhamdulillah turut berpeluang solat dalam Hijir Ismail dan belakang Makam Ibrahim.
Untuk solat Jumaat pula, para jemaah perlu berada di Masjidil Haram sekurang-kurangnya 2 jam sebelum solat pada pukul 12.30 tengahari untuk mendapat tempat, namun tiada yang merungut. Bukan sahaja lelaki yang turun untuk solat Jumaat, perempuan juga turut bersama-sama solat Jumaat. Bagi yang lewat, mereka reda 'dibakar' matahari sementara menunggu waktu solat kerana terpaksa berada di tingkat paling atas yang berbumbungkan langit atau di dataran putih.
Sabtu, 13 Ogos 2011
Ziarah luar
Subhanalah... Best nye Dyll....
ReplyDeleteYa Allah best sgt2 acapiah.. nikmat x terkata..
ReplyDelete:)
ReplyDelete