Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali
Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan
harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya
bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di
memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada
zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan
sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama
tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang
menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika
mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya
hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan
tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang
merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki
untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa
berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada
raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di
hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu
sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul
Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk
bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan
kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan
ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja
tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular
tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang,
walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat
kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia
sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya
kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja
bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul
Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul
Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke
bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih
ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan
berdoa.
Sampai habis tempoh
masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh
raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta
apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk
meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya,
rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah
berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.
Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah
lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah
sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul
Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin
bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin
menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya
terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri
itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi
mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil
wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu
pencuri itu bersolat dan meminta pada Allah agar mendapat rezeki yang
banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada
masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta
yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang
untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu
datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu,
Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah
tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah
harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana
mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu
hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia
mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun
menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan
kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia
berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada
Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya.
Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah
pergi menemui kekasihnya.
No comments:
Post a Comment