Tahukah anda maksud sedekah itu sangat luas...
Maksud hadis:
"Tiap-tiap perbuatan baik itu adalah sedekah, apa yang dinafkahkan orang Islam bagi dirinya sendiri dan keluarganya ditulis sebagai sedekah. Menjaga kehormatan orang Islam ditulis sebagai sedekah, dan setiap nafkah yang dinafkahkan orang Islam, Allah akan memberi ganjarannya dan Allah memberi jaminan kecuali untuk keperluan maksiat."
"Sememangnya konsep sedekah dalam Islam adalah luas. Jadi secara mudahnya, sebarang perkara baik (bukan jahat) yang orang Islam buat sememangnya sedekah; bukannya hanya dengan wang baru dipanggil sedekah."
(Riwayat Al-Baihaqi)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: (كُلُّ سُلامَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلُّ يَومٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ: تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ في دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُ لَهُ عَلَيهَا أَو تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ، وَالكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمْشِيْهَا إِلَى الصَّلاةِ صَدَقَةٌ، وَتُمِيْطُ الأَذى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ) رواه البُخارِيُّ وَ مُسلِمٌ
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Setiap ruas tulang manusia wajib disedekahi, setiap harinya selama matahari masih terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, menolong seseorang naik ke atas kendaraannya dan mengangkat barang-barangnya ke atas kendaraannya adalah sedekah, berkata yang baik adalah sedekah, setiap langkah berjalan menuju solat (jemaah) adalah sedekah, dan menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
wah.. banyaknya cara untuk bersedekah. Apa tunggu lagi. Sila pilih & buat mana yang berkenan.
Owh jgn lupa, senyum itu pun sedekah. (^__^)
No comments:
Post a Comment