Selamat tinggal Ramadan Karim..
Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan ini diterima-Nya.
"Ya Allah, ampunilah bagi kami kesalahan kami, kejahilan kami, keterlaluan dalam urusan kami dan Engkaulah yang lebih mengetahui tentangnya berbanding kami Ya Allah. Ampunilah bagi kami segala dosa yang terdahulu dan yang terkemudian dan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami nyatakan, Engkaulah yang terdahulu dan yang terkemudian yang Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.Wahai Tuhan kami, ke atas Engkau kami berserah Dan kepada Engkau kami bertaubat dan kepada Engkaulah tempat kembali."
p/s: kpd yg mengenali diri ini, maaf zahir & batin. 。・°°・(>_<)・°°・。
Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing (ghareeb), dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing (ghurabaa')”
Monday, August 29, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Labels:
aidilfitri
Location:
Kushiro, Hokkaido Prefecture, Japan
Monday, August 22, 2011
Kenangan Terindah - Umrah & Ziarah
Ahad, 7 Ogos 2011
Tiba di Jeddah lebih kurang pukul 5 petang waktu tempatan. Lepas maghrib, kami menaiki bas ke Madinah sejauh 420 km yang mengambil masa 5-6 jam.
Lepas berehat dalam sejam lebih, kena turun sahur & bersedia untuk solat subuh di Masjid Nabawi yang terletak lebih kurang 5 minit berjalan kaki.
Isnin, 8 gos 2011
Ziarah Dalam iaitu ziarah di sekitar kawasan masjid Nabawi.
Selasa, 9 Ogos 2011
Ziarah luar
Rabu, 10 Ogos 2011
Berangkat ke Mekah pada pukul 12.30 tengahari dan berhenti untuk solat Zohor dan niat ihram di miqat Bir Ali. Perjalanan ke Mekah sejauh 450 km memakan masa lebih kurang 6 jam. Sepanjang perjalanan jemaah disunatkan bertalbiyah.
Tiba di Mekah kira-kira pukul 6.30 petang. Selapas berbuka kami ke Baitullah untuk menunaikan umrah wajib.
Rukun & wajib Umrah:
Aktiviti bebas dan mengerjakan umrah. Pagi itu kami sekeluarga ke Tana'im untuk niat umrah.
Diriwayatkan oleh Bukhari, no. 1782, dan Muslim, no. 1256, dari Ibnu Abbas RA, dia berkata: Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda kepada wanita dari Anshar: ”Apa yang menghalangi kamu melaksanakan haji bersama kami?” Dia berkata: ”Kami hanya mempunyai dua ekor unta untuk menyiram tanaman. Bapak dan anaknya menunaikan haji dengan membawa satu ekor unta dan kami ditinggalkan satu ekor unta untuk menyiram tanaman.” Beliau bersabda: “Jika datang bulan Ramadan tunaikanlah umrah, karena umrah (di bulan Ramadhan) seperti haji”. Dalam riwayat Muslim: “(seperti) haji bersamaku”.
Memandangkan ganjarannya besar, dugaan dan cabarannya, dan orang dari seluruh dunia juga turun ke Mekah sama ramai seperti musim haji. Jika ingin melihat orang bertengkar untuk mendapatkan ruang dalam saf, inilah masanya. Semuanya kerana mereka menyedari ganjaran besar yang menanti mereka yang solat di Masjidil Haram iaitu 100 000 kali berbanding masjid lain. Umumnya, untuk mendapat ruang yang selesa, seseorang perlu bergerak ke masjid sekurang-kurangnya sejam sebelum solat fardhu. Kerana itu, mereka yang terlewat akan cuba menyelit di setiap ruang yang ada. Asalkan muat kepala untuk sujud sudah memadai. Di sini teruji kesabaran para jemaah sama ada ingin memberi ruang kepada saudara yang datang lewat atau berkeras mempertahankan 'ruang' yang ada. Dalam keadaan yang sesak begitu, berkat doa, biasanya ada sahaja individu yang menawarkan ruang untuk solat. Begitulah keajaiban dan kuasa Allah SWT yang sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.
Suhu di Mekah kira-kira 45-50 degree celcius. Namun begitu, alhamdulillah dengan izinnya dimudahkan segala urusan untuk menyempurnakan ibadah umrah.
Malam itu buat pertama kalinya dapat berbuka dan menunaikan solat tarawih di Masjidil Haram. Perasaaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.
Jumaat, 12 Ogos 2011
Kerana terdapat sedikit kecelaruan jadual, kami tidak sempat untuk melakukan umrah pada hari itu. Hanya sempat untuk membuat tawaf sunat. Dan Alhamdulillah turut berpeluang solat dalam Hijir Ismail dan belakang Makam Ibrahim.
Untuk solat Jumaat pula, para jemaah perlu berada di Masjidil Haram sekurang-kurangnya 2 jam sebelum solat pada pukul 12.30 tengahari untuk mendapat tempat, namun tiada yang merungut. Bukan sahaja lelaki yang turun untuk solat Jumaat, perempuan juga turut bersama-sama solat Jumaat. Bagi yang lewat, mereka reda 'dibakar' matahari sementara menunggu waktu solat kerana terpaksa berada di tingkat paling atas yang berbumbungkan langit atau di dataran putih.
Sabtu, 13 Ogos 2011
Ziarah luar
Menunaikan umrah seperti biasa.
Khamis, 18 Ogos 2011
di KLIA 2 jam sebelum berlepas ke Jeddah, pastu dengar taklimat ringkas, berlepas pada 12.45 |
hotel di madinah |
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi Muhammad SAW sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."
Malam itu pertama kali dapat berbuka dan tarawih di Masjid Nabawi. Walaupun agak ngantuk tapi sangat best.
Isnin, 8 gos 2011
Ziarah Dalam iaitu ziarah di sekitar kawasan masjid Nabawi.
- Makam Rasulullah SAW dan para sahabat ( Saidina Abu Bakar RA & Saidina Umar RA)
- Raudhah (tempat mustajab doa)
- Perkuburan Baqi' (lelaki sahaja)
Selasa, 9 Ogos 2011
Ziarah luar
- Masjid Quba (masjid pertama yang dibina dalam Islam. Terletak lebih kurang 2 batu dari Masjid Nabawi)
- Masjid Qiblatain (Tempat dimana Rasulullah SAW mendapat wahyu untuk menukar arah qiblat dari masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke arah Masjidil Haram)
- Jabal Uhud
Bukit Uhud yang akan mendiami syurga kerana darah Rasulullah SAW pernah tumpah di kaki bukit ini semasa peperangan Uhud. |
makam para syuhada' Perang Uhud |
Jabal Ainain yang menempatkan 50 pemanah Islam dalam Perang Uhud |
- Bazar kurma dan ladang kurma
ladang kurma |
bazar kurma |
- Kilang Al-Quran (Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk hingga ke dalam kilang)
Rabu, 10 Ogos 2011
- Ziarah wada' (perpisahan) kepada Rasulullah SAW sebelum meninggalkan Madinah Munawarah.
"Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya dan janganlah menjadikan kunjungan ini sebagai akhir kedatanganku kepada Nabi-Mu. Hapuskanlah segala dosaku dengan menziarahinya dan bekalkanlah aku keselamatan dalam perjalanan dan mudahkanlah kepulanganku ini menuju keluargaku dan negeriku dengan selamat, wahai Tuhan yang Maha Rahmat"
Berangkat ke Mekah pada pukul 12.30 tengahari dan berhenti untuk solat Zohor dan niat ihram di miqat Bir Ali. Perjalanan ke Mekah sejauh 450 km memakan masa lebih kurang 6 jam. Sepanjang perjalanan jemaah disunatkan bertalbiyah.
"Aku datang menyahut panggilan-Mu. Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu. Aku datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat adalah milik-Mu, demikian juga segala kekuasaan, tidak ada sekutu bagi-Mu"
Rukun & wajib Umrah:
- Niat ihram umrah di miqat (Bir Ali, Ja'ranah, Tana'im, Hudaibiyah)
- Tawaf (7 kali mengelilingi kaabah)
- Saie (Ulang alik dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali)
- Bercukur atau bergunting (sekurang-kurangnya 3 helai rambut)
- tertib
Aktiviti bebas dan mengerjakan umrah. Pagi itu kami sekeluarga ke Tana'im untuk niat umrah.
Diriwayatkan oleh Bukhari, no. 1782, dan Muslim, no. 1256, dari Ibnu Abbas RA, dia berkata: Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda kepada wanita dari Anshar: ”Apa yang menghalangi kamu melaksanakan haji bersama kami?” Dia berkata: ”Kami hanya mempunyai dua ekor unta untuk menyiram tanaman. Bapak dan anaknya menunaikan haji dengan membawa satu ekor unta dan kami ditinggalkan satu ekor unta untuk menyiram tanaman.” Beliau bersabda: “Jika datang bulan Ramadan tunaikanlah umrah, karena umrah (di bulan Ramadhan) seperti haji”. Dalam riwayat Muslim: “(seperti) haji bersamaku”.
Memandangkan ganjarannya besar, dugaan dan cabarannya, dan orang dari seluruh dunia juga turun ke Mekah sama ramai seperti musim haji. Jika ingin melihat orang bertengkar untuk mendapatkan ruang dalam saf, inilah masanya. Semuanya kerana mereka menyedari ganjaran besar yang menanti mereka yang solat di Masjidil Haram iaitu 100 000 kali berbanding masjid lain. Umumnya, untuk mendapat ruang yang selesa, seseorang perlu bergerak ke masjid sekurang-kurangnya sejam sebelum solat fardhu. Kerana itu, mereka yang terlewat akan cuba menyelit di setiap ruang yang ada. Asalkan muat kepala untuk sujud sudah memadai. Di sini teruji kesabaran para jemaah sama ada ingin memberi ruang kepada saudara yang datang lewat atau berkeras mempertahankan 'ruang' yang ada. Dalam keadaan yang sesak begitu, berkat doa, biasanya ada sahaja individu yang menawarkan ruang untuk solat. Begitulah keajaiban dan kuasa Allah SWT yang sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.
Suhu di Mekah kira-kira 45-50 degree celcius. Namun begitu, alhamdulillah dengan izinnya dimudahkan segala urusan untuk menyempurnakan ibadah umrah.
Malam itu buat pertama kalinya dapat berbuka dan menunaikan solat tarawih di Masjidil Haram. Perasaaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.
Masjidil Haram Gate King Abdul Aziz, no 1 |
Kerana terdapat sedikit kecelaruan jadual, kami tidak sempat untuk melakukan umrah pada hari itu. Hanya sempat untuk membuat tawaf sunat. Dan Alhamdulillah turut berpeluang solat dalam Hijir Ismail dan belakang Makam Ibrahim.
Untuk solat Jumaat pula, para jemaah perlu berada di Masjidil Haram sekurang-kurangnya 2 jam sebelum solat pada pukul 12.30 tengahari untuk mendapat tempat, namun tiada yang merungut. Bukan sahaja lelaki yang turun untuk solat Jumaat, perempuan juga turut bersama-sama solat Jumaat. Bagi yang lewat, mereka reda 'dibakar' matahari sementara menunggu waktu solat kerana terpaksa berada di tingkat paling atas yang berbumbungkan langit atau di dataran putih.
Sabtu, 13 Ogos 2011
Ziarah luar
- Jabal Rahmah (Tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas diturunkan dari syurga, antara tempat mustajab doa)
- Jabal Thur (terletaknya Gua Thur iaitu tempat Rasulullah SAW & Saidina Abu Bakar bersembunyi semasa dalam perjalanan hijrah ke Madinah)
- Jabal Nur (Gua Hira')
- Mina
- Padang Arafah
- Bermiqat di Ja'ranah untuk menunaikan umrah.
Ahad, 14 Ogos 2011
Multazam |
Makam Ibrahim |
Setiap kali selepas solat fardhu di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram mesti disusuli dengan solat jenazah. Kadang kala jenazah mencecah sehingga 12 orang pada satu-satu waktu.
Hadis Thauban r.a, bekas hamba Rasulullah s.a.w:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang jenazah, maka dia mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak). Jika dia menghadiri pengebumiannya maka dia mendapat dua qirat. Satu qirat adalah sama dengan bukit Uhud.

Dan sebenarnya solat jenazah sangat-sangatlah mudah. Biasanya disana dilakukan tak sampai 2 minit pun. Rukun solat jenazah.
- Berdiri betul seperti solat biasa.
- Niat
- Takbiratul ihram - Allahu Akbar
- Membaca Al-Fatihah diikuti Allahuakbar
- Selawat keatas nabi diikuti Allahu Akbar
- Berdoa ke atas mayat
- Memberi salam
Isnin, 15 Ogos 2011
Ziarah luar
- Ladang unta
susu unta fresh dari ladang |
- Tempat-tempat bersejarah di Hudaibiyah
Tempat dimana berlakunya Perjanjian Hudaibiyah |
Selepas melawat, kami bermiqat di Hudaibiyah dan kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadah umrah.
Selasa, 16 Ogos 2011
Hari itu umrah seperti biasa dan itu merupakan umrah terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia. Dan telah ditakdirkan malam terakhir kami disana merupakan malam Nuzul Al-Quran. Imam yang membawa tarawih malam itu, Abdul Rahman Al-Sudais dengan bacaannya cukup menggetarkan semua urat saraf yang ada. Hari itu merupakan hari terakhir kami berbuka dan bertarawih di masjidil Haram pada tahun ini. Semoga ada lagi peluang pada Ramadan-Ramadan yang akan datang.
Mecca Royal Clock Tower |
Hotel di Mekah |
Rabu, 17 Ogos 2011
Lebih kurang pada pukul 10.00 pagi kami melakukan tawaf wida' (tawaf selamat tinggal)
"Ya Allah, rumah ini rumah-Mu, aku ini hamba-Mu, anak dari hamba-hamba-Mu. Engkau telah membawaku dalam hal yang Engkau sendiri mudahkan untukku sehingga Engkau jalankan aku di negeri-Mu ini dan Engkau telah menyampaikan aku dengan nikmat-Mu jua sehingga Engkau menolong aku untuk menunaikan ibadah umrah. Jika Engkau reda kepadaku maka tambahkanlah keredaan itu padaku. Jika tidak aku memohon kapada-Mu redailah aku sekarang sebelum aku jauh dari rumah-Mu ini Ya Allah. Sekarang sudah waktunya aku hendak pulang. Jika Engkau izinkanaku dengan tidak menukar sesuatu dengan zat-Mu ataupun rumah-Mu, bukan benci pada-Mu dan tidak pula benci pada rumah-Mu.
Ya Allah, berkatilah aku ini dengan afiat pada tubuhku, tetap menjaga agamaku, baikkanlah kepulanganku dan berilah aku taat setia kepada-Mu selama-lamanya, selagi Engkau membiarkan aku hidup dan kumpulkanlah bagiku kebaikan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah,aku memohon kepadaMu janganlah jadikan masaku ini masa terakhir bagiku dengan rumah-Mu. Jika sekiranya Engkau jadikan masa ini terakhir bagiku, maka gantikanlah syurga untukku dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Amin. Terimalah doa kami wahai Tuhan sekalian alam."
Dalam perjalanan ke Jeddah, kami sempat singgah solat di Masjid Terapung.
Add caption |
Lapangan Terbang Jeddah |
Bertolak pulang ke Malaysia pada pukul 9.30 malam |
Alhamdulillah tiba di KLIA lebih kurang pada pukul 11.00 pagi (waktu Malaysia). Terasa bagai jasad sahaja yang pulang ke Malaysia, hati ini masih tertinggal di Baitullah.
"Wahai Tuhanku, berikan aku kemampuan supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam( yang tunduk patuh kepada-Mu)"
[Al-Ahqaf:15]
Labels:
Umrah
Sunday, August 7, 2011
Terima Kasih Ya Allah...
Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana memilihku menjadi tetamu-Mu
"Aku datang menyahut panggilan-Mu. Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat adalah milik-Mu, demikian juga segala kekuasaan, tidak ada sekutu bagi-Mu."

p/s: kepada yang mengenali diri ini, maaf zahir dan batin..
Labels:
Umrah
Wednesday, August 3, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)